SRK(TAMIL) Gunung Rapat dibina pada tahun 1954 dan terletak di kawasan padat di tengah-tengah Gunung Rapat. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah Tamil di kawasan Gunung Rapat/Simpang Pulai/Ampang dan Bandar Botani.
Dengan kemudahan asas yang minima, sekolah ini berkembang tahun demi tahun dan kini sekolah ini dilengkapi dengan 6 bilik darjah, sebuah pusat sumber dan sebuah bilik guru. Pertambahan murid agak ketara kebelakangan ini dan setakat 2011, terdapat 182 murid dengan 16 guru.